• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

25 November 2025 | 02:54 PM

SBC–DVS Jalin Kerjasama Perkukuh Daya Tahan Ternakan Sarawak

Kuching – Pusat Biodiversiti Sarawak (SBC) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (DVS), menjalin kerjasama strategik untuk pembangunan kolaboratif produk anthelmintik asli bagi ternakan.

Tujuannya adalah untuk memajukan penyelidikan dan pembangunan produk anthelmintik semula jadi yang diperoleh daripada tumbuhan Sipudun untuk kegunaan ruminan kecil yang terjejas oleh jangkitan parasit.

Penyelidikan awal oleh SBC mengesahkan keberkesanan tumbuhan tersebut sebagai agen penyahcacing dalam ternakan.

Sehubungan itu, SBC akan menjalankan penyelidikan makmal dan pembangunan produk selanjutnya, termasuk pengoptimuman perumusan bioassay, kajian kestabilan, serta penyediaan untuk keperluan kawal selia.

Sementara DVS pula akan menjalankan aplikasi lapangan melalui ujian haiwan terkawal, penilaian veterinar dan penilaian prestasi di tapak.

Usaha tersebut menyumbang kepada matlamat jangka panjang Sarawak untuk mengukuhkan daya tahan ternakan, meningkatkan keselamatan makanan, dan mengembangkan inovasi berasaskan biodiversiti.

Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersempena kerjasama itu telah dimeterai pagi tadi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Pertukaran MoU berkenaan telah disempurnakan oleh Setiausaha Tetap, Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datu Adana Jed yang mewakili SBC, sementara DVS telah diwakili Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak, Datu Dr Adrian Susin Ambud.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok