PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menyiasat dakwaan penjualan kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tular di media sosial, walaupun tiada laporan rasmi diterima.
Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad berkata, pihaknya menyedari tangkap layar yang menunjukkan pihak tertentu menawarkan soalan SPM dengan harga serendah RM499 setiap mata pelajaran beserta jaminan pengembalian wang jika keputusan calon tidak cemerlang.
Dr Azam menegaskan kertas soalan SPM berada dalam kawalan ketat dengan semua prosedur keselamatan dipatuhi, termasuk di negeri yang terjejas banjir.
Katanya lagi, tindakan telah diambil untuk menentukan lokasi simpanan kertas soalan, termasuk kemungkinan menempatkannya di lokap-lokap balai polis.
SPM 2025 hari ini melibatkan 413,372 calon, dengan peperiksaan bermula bagi Bahasa Melayu Kertas 1 pada 8.15 pagi, diikuti Pendidikan Seni Visual (Teori Seni Kertas 1) dan Bahasa Melayu Kertas 2 pada sebelah petang.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back