• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

25 November 2025 | 12:14 PM

SPM 2025 Berjalan Lancar di Seluruh Negara Walau Terjejas Banjir

PUTRAJAYA - Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 berlangsung lancar di seluruh negara, termasuk negeri-negeri yang terjejas banjir, dengan semua Pengarah Pendidikan Negeri mengesahkan sesi pagi ini bermula seperti dijadualkan.

Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad berkata seramai 259 calon dikenal pasti terkesan banjir, namun pelan kontingensi yang dilaksanakan lebih awal membolehkan mereka menduduki peperiksaan tanpa gangguan.

Beliau menegaskan pelaksanaan SPM mengikut jadual asal November-Disember menunjukkan kecekapan guru dan agensi kerajaan dalam menyokong calon.

Secara keseluruhan, SPM 2025 melibatkan 413,372 calon dari sekolah kerajaan, bantuan kerajaan, MRSM, Maktab Tentera Diraja, sekolah swasta berdaftar dan calon persendirian.

Dr Mohd Azam menjelaskan, KPM melalui Lembaga Peperiksaan dan jabatan pendidikan negeri telah melaksanakan pelan kontingensi, termasuk mesyuarat penyelarasan Op Payung bersama NADMA, APM, polis, bomba dan agensi lain.

Katanya, pusat alternatif disediakan untuk calon yang berisiko terputus laluan akibat banjir, dengan beberapa calon dipindahkan ke asrama berhampiran pusat peperiksaan.

Beliau menambah kebanyakan pusat peperiksaan berisiko hanya melibatkan dua hingga empat calon, memudahkan pengurusan pemindahan dan memastikan peperiksaan berjalan lancar.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok