PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengesahkan tiada sebarang kekurangan isi padu petrol RON95 melebihi ralat maksimum yang dibenarkan, selepas pemeriksaan ke atas 2,282 dispenser di 584 stesen minyak pelbagai jenama baru-baru ini.
Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam dalam kenyataan hari ini berkata pemeriksaan dijalankan susulan aduan pengguna dan bertujuan memastikan dispenser menjalani penentusahan, berfungsi tepat serta tiada manipulasi. Semua stesen mematuhi standard pengukuran ditetapkan.
Beliau menegaskan KPDN akan terus menjalankan pemeriksaan berkala dan tindakan tegas boleh diambil terhadap mana-mana pihak yang mengurangkan kuantiti petrol, termasuk denda sehingga RM4,000 atau penjara tiga tahun di bawah Seksyen 16 Akta Timbang dan Sukat 1972.
Orang ramai boleh menyalurkan aduan melalui WhatsApp, portal e-aduan@kpdn.gov.my atau pusat panggilan 1-800-886-800.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back