KUCHING – ADUN N.43 Daro, Dr. Safiee Ahmad, menyokong penuh Rang Undang-Undang (RUU) Pengurusan Sumber dan Sisa Mampan, 2025 yang dibentangkan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Beliau menekankan undang-undang ini penting bagi kelestarian alam, kesihatan awam dan pembangunan ekonomi hijau, terutamanya susulan peningkatan sisa pepejal di Sarawak daripada 0.78 juta tan pada 2021 kepada 0.84 juta tan pada 2024.
Dr. Safiee dalam sesi perbahasan Persidangan DUN Sarawak hari ini berkata, RUU itu menekankan pengurusan sisa secara bersepadu, teknologi moden, pengasingan dan penguatkuasaan ketat serta penubuhan entiti khas untuk memantau pelaksanaan.
Pelaksanaan RUU dijangka membuka peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dalam industri kitar semula, mengurangkan kos pengurusan tapak pelupusan, dan menarik pelaburan swasta dalam teknologi waste-to-energy.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #uMobile
Back