• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

25 November 2025 | 12:00 PM

Lebih 20,000 Mangsa Banjir Di 119 PPS, Pahang Terbaharu Dilanda

KUALA LUMPUR - Seramai 20,146 mangsa banjir ditempatkan di 119 pusat pemindahan sementara (PPS) di lapan negeri, dengan Pahang menjadi negeri terbaharu yang dilanda banjir pagi ini.

Di Selangor, jumlah mangsa meningkat kepada 2,697 orang daripada 740 keluarga berbanding 1,732 orang daripada 474 keluarga malam tadi, dengan PPS bertambah kepada 19. Pahang membuka sebuah PPS di Raub menempatkan 23 mangsa daripada 10 keluarga.

Kelantan merekodkan 9,959 mangsa dari 3,643 keluarga di 40 PPS, manakala Terengganu mencatat penurunan kepada 97 mangsa. Di Kedah dan Perlis, bilangan mangsa meningkat masing-masing kepada 1,632 dan 2,694 orang. Pulau Pinang pula menyaksikan penurunan sedikit kepada 366 mangsa.

Perak mencatat 2,678 mangsa banjir di 29 PPS, dengan Manjung menjadi daerah paling teruk terjejas. Sungai Bidor dan Sungai Slim berada pada paras bahaya, menurut Sekretariat JPBN Perak.

Mangsa banjir di semua negeri terus dipantau, dengan pihak berkuasa menggesa orang ramai berhati-hati dan mematuhi arahan keselamatan.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok