KUCHING – Kerajaan Sarawak menegaskan bahawa kepentingan negeri di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terus dipertahankan melalui mekanisme perundangan, rundingan rasmi dan penyertaan aktif dalam jawatankuasa pelaksanaan MA63.
Timbalan Menteri di Pejabat Premier (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, berkata perlindungan hak Sarawak diperkuat melalui peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Laporan IGC dan MA63 itu sendiri yang menjadi asas undang-undang pembentukan Malaysia.
Menurutnya, kerajaan negeri turut memainkan peranan aktif dalam Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia, termasuk jawatankuasa teknikal dan kerja bagi memastikan setiap rundingan menampilkan pendirian Sarawak secara konsisten.
Bercakap pada Persidangan DUN Sarawak hari ini, Datuk Hasidah menegaskan bahawa tindakan segelintir pihak yang mempersoal atau menggesa pembatalan MA63 adalah tidak berasas, mengelirukan dan bercanggah dengan Perlembagaan.
Beliau turut memberi amaran bahawa kenyataan yang cuba meremehkan MA63 boleh bersifat menghasut serta mencetuskan perpecahan.
Justeru tambah Hasidah lagi, rakyat Sarawak tidak harus melayan suara sumbang berkenaan.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #uMobile
Back