• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

25 November 2025 | 10:12 AM

Kerajaan Sarawak Laksana Dua Pendekatan Naik Taraf Jalan ke Rumah Panau

KUCHING – Kerajaan Sarawak melaksanakan dua pendekatan bagi menaik taraf bekas jalan balak menuju ke Rumah Panau, Teberu Ulu Kemalih, dengan anggaran keseluruhan kos projek sebanyak RM151.3 juta.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Ir. Aidel Lariwoo, berkata pendekatan tersebut merangkumi perancangan jangka pendek dan jangka panjang.

Menurut beliau, bagi perancangan jangka pendek, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak akan mendaftarkan jalan tersebut di bawah Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).

Langkah itu membolehkan penyelenggaraan dilaksanakan melalui Term Contract di bawah program penyelenggaraan jalan raya negeri, bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna.

Sementara itu, perancangan jangka panjang pula melibatkan kerja-kerja menaik taraf jalan berkenaan, yang telah dimasukkan dalam skop projek menaik taraf jalan dari Melabo Air, Betong ke Rumah Suing serta Jalan Entabai, Sarikei.

Skop kerja tersebut merangkumi pengambilan tanah dan peralihan utiliti, pembinaan jalan sepanjang 11.7 kilometer mengikut piawaian JKR R3, pembinaan tiga buah jambatan konkrit, sistem perparitan, serta pemasangan perabot jalan.

Projek berkenaan akan dikemukakan untuk pertimbangan di bawah pelan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Apabila siap, projek itu dijangka melengkapkan rangkaian jalan yang menghubungkan beberapa kawasan di daerah Pakan dan Betong, sekali gus memudahkan pergerakan antara daerah-daerah terlibat.

Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan ADUN Meluan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok