• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

25 November 2025 | 10:00 AM

Penyertaan Belia Beting Maro Dalam Usahawan Terus Meningkat

KUCHING – Penyertaan belia di Beting Maro dalam program pembangunan keusahawanan menunjukkan peningkatan ketara apabila 12 peserta menyertai kursus SYStartUp Cohort 1 2024, diikuti dua lagi belia yang turut terlibat dalam program Beliagobiz@Debak 2025.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Dr Ripin Lamat, berkata penyertaan tersebut membuktikan kesungguhan golongan muda mempelajari kemahiran baharu untuk menceburi dunia perniagaan.

Menurutnya, penganjuran Program JUMS Start Biznes oleh Saberkas dengan kerjasama kementerian sejak 2022 hingga 2024 turut menarik lebih 1,000 belia dari enam daerah seluruh Sarawak, sekali gus memperluas akses latihan kepada anak muda.

Selain itu, Datuk Ripin yang juga ADUN N.72 Lambir berkata, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) turut menyediakan Dana Modal Pusingan serta geran pembangunan bagi membantu koperasi meningkatkan operasi, modal kerja dan latihan anggota.

Beliau berkata, pembangunan industri sagu dan nipah juga diberi tumpuan, dengan 98 pekebun kecil di Beting Maro telah berdaftar di bawah Lembaga Pembangunan Sagu dan Nipah (SNDB), menjadikan asas kukuh bagi penubuhan koperasi kampung yang berpotensi.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok