KUCHING - Seorang lelaki berusia 25 tahun ditahan polis selepas menghayunkan parang ke arah orang awam berhampiran sebuah masjid di Tabuan Lot, pada Ahad 23 November.
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu dalam satu kenyataan berkata suspek ditangkap susulan tindakan pantas anggota polis selepas menerima laporan kejadian. Tiada kecederaan serius dilaporkan setakat ini.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, selain denda atau sebatan jika sabit kesalahan.
ACP Alexson menasihatkan orang ramai supaya mengawal emosi dan segera melaporkan sebarang tingkah laku mencurigakan, serta mengelak menyebarkan maklumat tidak sahih berkaitan insiden ini.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back