• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

25 November 2025 | 09:12 AM

PRN SABAH: 58 Pusat Undi Awal Dibuka, 24,426 Pengundi Awam Tunaikan Tanggungjawab

KOTA KINABALU - Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 bermula lancar pagi ini apabila semua 58 pusat undi awal dibuka tepat jam 8 pagi, sekali gus memberi peluang kepada 24,426 anggota keselamatan dan pasangan mereka menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Daripada jumlah itu, seramai 11,697 adalah anggota tentera dan pasangan, manakala 12,729 terdiri daripada anggota polis serta pasangan.

Pusat mengundi bagi tentera melibatkan beberapa lokasi termasuk Kem Sri Kudat, Kem Paradise Kota Belud, SK Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Markas Rejimen 507 Askar Wataniah, Sekolah Agama Rakyat Kem Lok Kawi, kem di Lahad Datu dan Kem Kubota di Sebatik.

Bagi polis pula, proses mengundi dijalankan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah serta ibu pejabat polis daerah dan beberapa Batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) di seluruh negeri.

Dalam pada itu, MetMalaysia meramalkan hujan dan ribut petir di beberapa kawasan hari ini, namun keadaan cuaca dijangka tidak menjejaskan kelancaran pengundian awal.

PRN Sabah kali ini menyaksikan persaingan sengit dengan 596 calon bertanding untuk merebut 73 kerusi Dewan Undangan Negeri, termasuk 74 calon Bebas.

Tempoh berkempen yang bermula pada 15 Nov akan berakhir pada 11.59 malam, 28 Nov.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok