SRI AMAN – Seorang wanita cedera selepas kereta Perodua Kancil yang dipandu berlanggar dengan sebuah lori 3 tan di Jalan Tanjung Bijat, petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu sekitar jam 4.49 petang.
Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala dan kaki dikeluarkan dari kenderan itu sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut.
Manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Tamat
Back