• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

24 November 2025 | 06:03 PM

Lelaki Mengamuk Dengan Parang Ditahan Di Tabuan Lot

KUCHING - Polis menahan seorang lelaki berusia 25 tahun yang bertindak agresif dengan menghayunkan sebilah parang ke arah orang awam di kawasan luar sebuah masjid di Tabuan Lot pada 23 November lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu dalam kenyataan hari ini memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, selain denda atau sebatan jika disabitkan kesalahan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa mengawal emosi dan tidak bertindak agresif sehingga membahayakan diri serta masyarakat.

Orang awam digesa segera melaporkan sebarang tingkah laku mencurigakan atau berisiko tinggi kepada pihak berkuasa.

Tambahnya, orang ramai juga diminta untuk tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berkaitan kejadian tersebut bagi mengelakkan kekeliruan dan kegusaran dalam komuniti.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok