• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

24 November 2025 | 04:45 PM

DBKU Wakili Malaysia, Dipilih Antara Bandar Raya Perintis Penuaan Sihat Sedunia 2025–2027

Kuching – Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) terus cemerlang di pentas antarabangsa, apabila diumumkan sebagai salah satu daripada lima bandar raya di dunia yang dipilih sebagai bandar raya perintis bagi projek Bandar Raya Penuaan Sihat dan Positif Sedunia bagi tempoh 2025–2027.

Empat bandar raya lain yang turut terpilih ialah bandar raya Potti (Georgia), Katowice (Poland), Dali Prefecture (China) dan Recife (Brazil).

Pencapaian itu secara tidak langsung menjadikan DBKU satu-satunya wakil dari Malaysia dan Asia Tenggara dalam inisiatif global berprestij itu.

Datuk Bandar DBKU, Dato Hilmi Othman berkata, pemilihan tersebut membuktikan komitmen dan kemampuan DBKU untuk bersaing di peringkat dunia dalam usaha membentuk persekitaran bandar yang menyokong penuaan sihat dan positif.

Sepanjang tempoh pelaksanaannya, DBKU akan menerima bimbingan pakar serta sokongan sumber antarabangsa, bagi membolehkan DBKU berperanan sebagai bandar raya demonstrasi inovasi dalam aspek penuaan sihat.

Beliau turut menzahirkan kegembiraan Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KPWK) terhadap pencapaian itu, memandangkan inisiatif berkenaan berada di bawah bidang kuasanya.

Sehubungan itu, DBKU akan mengadakan pertemuan dengan Menteri KPWK, Dato Sri Fatimah Abdullah, bagi memastikan penglibatan kementerian dalam menjayakan projek tersebut sepanjang tempohnya, serta memperoleh sokongan penuh Kerajaan Negeri.

Beliau berkata demikian berhubung kejayaan DBKU dalam Anugerah LivCom 2025 di Istanbul, Turkiye, dalam satu sidang media yang diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Kuching, hari ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok