• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

24 November 2025 | 03:38 PM

Abdul Karim Cadang Tambah Ahli Kabinet Kerajaan Negeri Sarawak

KUCHING - Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, mencadangkan agar bilangan Ahli Kabinet Kerajaan Negeri Sarawak ditambah bagi memastikan pentadbiran negeri dapat berfungsi dengan lebih cekap seiring perkembangan pesat negeri ini.

Berucap pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini, beliau berkata penambahan kerusi DUN daripada 82 kepada 99 baru-baru ini mewujudkan keperluan baharu dalam aspek penyelarasan dasar, pentadbiran dan pengagihan portfolio.

Ujarnya, struktur Kabinet sedia ada tidak lagi seimbang dengan keluasan kawasan pentadbiran serta jumlah tanggungjawab kementerian yang terus meningkat.

Mengulas lanjut, beliau berkata banyak portfolio penting kini digalas oleh seorang menteri yang memegang dua atau tiga tanggungjawab serentak.

Sehubungan itu, Dato Sri Abdul Karim menegaskan bahawa pertambahan bilangan Ahli Kabinet adalah wajar bagi memperkukuh keupayaan pentadbiran kerajaan negeri.

Beliau menambah pertumbuhan ekonomi yang pesat, pembangunan infrastruktur yang rancak serta peningkatan sektor utama seperti pelancongan dan industri kreatif menuntut struktur pentadbiran yang lebih mantap, tersusun dan seimbang.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok