• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

24 November 2025 | 12:45 PM

Elaun Bulanan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Dinaikkan RM400 Bermula 2026

KUCHING - Elaun bulanan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) akan dinaikkan sebanyak RM400 bermula 1 Januari 2026, dengan peruntukan tambahan RM 37 juta setahun daripada kerajaan negeri.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, KMKK yang merangkumi lebih 7,700 pemimpin dilantik termasuk Temenggong, Pemanca, Penghulu, dan Ketua Kaum, merupakan tulang belakang tadbir urus di peringkat akar umbi.

Katanya, mereka memainkan peranan penting dalam mengekalkan keharmonian sosial, menyelesaikan pertikaian setempat, serta menyokong pelaksanaan dasar kerajaan di komuniti masing-masing.

Premier turut menjelaskan bahawa pelarasan terakhir elaun KMKK dibuat pada 2018 dengan peningkatan sebanyak RM100.

Ujarnya lagi, kenaikan terbaru ini adalah penghargaan terhadap khidmat dan tanggungjawab KMKK, yang membantu pembangunan komuniti serta memperkukuh hubungan antara rakyat dan kerajaan.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok