• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

24 November 2025 | 12:20 PM

Sarawak Teruskan Subsidi Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Dengan Peruntukan RM15 Juta Tahun Depan

KUCHING - Kerajaan Sarawak mengumumkan subsidi bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk peminjam anak Sarawak akan diteruskan tahun depan dengan peruntukan sebanyak RM15 juta.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata subsidi itu diberikan kepada peminjam PTPTN dari Sarawak yang menunjukkan disiplin kewangan dengan membayar lebih 30 peratus daripada jumlah keseluruhan pinjaman mereka.

Katanya, inisiatif tersebut dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak dan dilaksanakan melalui Yayasan Sarawak, menjadikan Sarawak satu-satunya negeri yang menawarkan program diskaun PTPTN yang ditanggung kerajaan negeri.

Setakat ini, beliau memberitahu kira-kira RM117 juta telah disalurkan, memberi manfaat kepada sekitar 33,000 peminjam PTPTN di seluruh Sarawak.

Datuk Patinggi Abang Johari berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Sarawak 2026 di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok