• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

24 November 2025 | 12:05 PM

Bantuan SKAS Dipertingkat, Sarawak Peruntuk RM640 Juta Tahun Depan

KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengumumkan peningkatan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) bagi rakyat Sarawak bagi menghadapi kenaikan kos kehidupan dan memastikan mereka sentiasa mempunyai makanan di atas meja.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata SKAS tersebut akan disalurkan sekali setiap empat bulan mulai tahun 2026.

Beliau ketika membentangkan Belanjawan Sarawak 2026 di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini berkata isi rumah yang berpendapatan RM5,000 dan ke bawah akan menerima peningkatan bantuan tahunan daripada RM800 kepada RM950.

Manakala warga emas tanpa pasangan atau anak dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah pula akan menikmati peningkatan daripada RM400 kepada RM500.

Bagi individu bujang yang berpendapatan RM2,500 dan ke bawah, bantuan mereka akan meningkat daripada RM250 kepada RM300.

Datuk Patinggi Abang Johari berkata kerajaan memperuntukkan sebanyak RM640 juta di bawah Belanjawan 2026 untuk pelaksanaan SKAS ini, yang dijangka memberi manfaat kepada lebih satu juta penerima di seluruh Sarawak.

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok