• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

24 November 2025 | 11:57 AM

Sarawak Perkenal Levi Karbon 2026, Sedia Pimpin Usaha Penyahkarbonan Negara

Kuching – Levi karbon berpotensi menjadi antara sumber hasil baharu Sarawak pada masa hadapan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan akan memperkenalkan levi karbon ke atas sektor minyak dan gas serta sektor tenaga mulai tahun 2026.

Levi tersebut akan dikenakan ke atas pelepasan karbon yang dihasilkan dalam Sarawak oleh fasiliti terkawal dalam sektor-sektor yang terlibat.

Beliau menjelaskan bahawa penetapan harga karbon merupakan instrumen dasar yang penting, sebagai mekanisme untuk menyokong pengurangan pelepasan dan peralihan adil ke arah ekonomi hijau.

Hasil kutipan levi berkenaan akan disalurkan ke Dana Perubahan Iklim, bagi menyokong pelaksanaan pelbagai inisiatif lestari yang memberi manfaat kepada komuniti di seluruh Sarawak.

Sarawak juga bersedia bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan cukai karbon dan rangka kerja penetapan harga karbon negara pada masa hadapan dapat diselaraskan.

Dengan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan, Sarawak berada pada landasan kukuh untuk menyokong dan memimpin usaha penyahkarbonan Malaysia serta membangunkan pasaran karbon domestik yang berdaya saing.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada hari pertama Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok