SEBAUH - Sebuah ‘township’ baharu sedang dirangka di Sebauh bagi menyediakan kawasan pembangunan yang tersusun, selamat dan mampan selaras dengan statusnya sebagai daerah penuh.
Demikian menurut Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom ketika melakukan lawatan kerja ke tapak projek pembangunan di Pekan Sebauh pada Ahad 23 November.
Beliau berkata Kemudahan keselamatan dan kesihatan menjadi keutamaan termasuk pembinaan balai polis, balai bomba dan klinik baharu.
Selain itu katanya, projek komuniti moden turut merangkumi stadium RM8 juta serta gereja dan masjid RM10 juta masing-masing, yang dijangka menjadi mercu tanda keharmonian masyarakat setempat.
Dr Rundi berharap projek itu dapat meningkatkan kualiti hidup penduduk Sebauh dan membentuk pusat komuniti yang lengkap serta moden.
Sumber: TVS
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back