• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

24 November 2025 | 11:19 AM

Sarawak Umum Tambahan RM8 Juta Tahun Depan Untuk Inisiatif i-GPS

KUCHING: Kerajaan Sarawak mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM8 juta bagi tahun hadapan untuk meneruskan Inisiatif Graduan Pulang Sarawak (i-GPS), program yang menyediakan subsidi tiket penerbangan kepada pelajar Sarawak yang menuntut di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata inisiatif yang diperkenalkan sejak 2019 itu membolehkan setiap pelajar layak menuntut subsidi sehingga RM300 bagi setiap perjalanan pulang-balik, dua kali setahun.

Beliau ketika membentangkan Belajawan Sarawak 2026 di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini berkata inisiatif i-GPS bertujuan meringankan beban kos penerbangan sekali gus memudahkan pelajar pulang ke kampung halaman, terutamanya pada musim perayaan.

Sehingga kini, Datuk Patinggi Abang Johari berkata kerajaan Sarawak telah menyalurkan RM35 juta, yang telah membiayai kira-kira 117,000 perjalanan pulang oleh para pelajar.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok