• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

24 November 2025 | 11:16 AM

Sarawak Tawar 64 Program Pengajian Untuk FTES, Dengan Peruntukan RM250 Juta

Kuching – Sebanyak 64 program ijazah sarjana muda telah dikenal pasti untuk dimasukkan di bawah Skim Pendidikan Tinggi Percuma (FTES) Sarawak mulai tahun depan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, bagi tujuan itu, sebanyak RM250 juta akan diperuntukkan untuk pelaksanaan inisiatif berkenaan.

Menurut beliau, pemilihan program-program pengajian tersebut dibuat hasil perbincangan menyeluruh bersama universiti milik Kerajaan Negeri dan Yayasan Sarawak.

Katanya, inisiatif itu merupakan satu langkah transformasi yang bertujuan membentuk tenaga kerja masa hadapan yang lebih berdaya saing.

Ia juga memastikan akses kepada pendidikan tinggi diberikan berdasarkan merit dan keupayaan, tanpa halangan faktor kewangan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada hari pertama Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak) hari ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok