KUALA LUMPUR – Usaha kerajaan menoktahkan kemiskinan tegar membuahkan hasil apabila kadar insiden berkurangan daripada 0.2% pada 2022 kepada 0.09% pada 2024, menurut Laporan HIES 2024.
Timbalan Menteri Ekonomi Dato’ Hajjah Hanifah Hajar Taib memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa pencapaian itu didorong oleh pelbagai inisiatif di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Antaranya, Sumbangan Tunai Rahmah, Sumbangan Asas Rahmah bernilai RM15 bilion pada 2026, pelaksanaan Payung Rahmah RM600 juta, bantuan kebajikan JKM kepada lebih 560,000 isi rumah berjumlah RM3.1 bilion, serta Program Sejahtera MADANI dengan dana RM120 juta daripada sektor swasta.
Katanya, kerajaan turut memperkukuh reformasi pasaran buruh melalui kenaikan gaji minimum kepada RM1,700 dan pelaksanaan Dasar Gaji Progresif.
Namun menurut Dato Hanifah, cabaran masih wujud akibat faktor kematian pencari nafkah, kehilangan pekerjaan dan bencana alam.
Justeru penekanan diberikan kepada pembangunan kemahiran termasuk TVET bagi memastikan rakyat bersedia menghadapi peluang pekerjaan.
Sehubungan itu kerajaan menyeru semua pihak, termasuk Ahli Parlimen dan ketua komuniti, untuk bersama-sama mendokong usaha menoktahkan kemiskinan dan meningkatkan martabat rakyat.
Sumber: fb Hanifah Hajar Taib
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back