KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di tujuh negeri meningkat kepada 10,922 orang setakat 8 pagi ini, dengan Kelantan mencatat jumlah tertinggi 8,248 orang di 33 pusat pemindahan sementara (PPS).
Di Kelantan, daerah terjejas termasuk Kota Bharu, Tumpat, Bachok dan Pasir Puteh, manakala Pulau Pinang, Perlis dan Perak turut mencatat peningkatan mangsa.
Sebaliknya, jumlah mangsa menurun di Kedah dan Terengganu, manakala Selangor menjadi negeri baharu terjejas.
Di Pulau Pinang, mangsa meningkat kepada 242 orang di empat PPS, manakala di Perlis, jumlah mangsa melonjak kepada 811 orang berbanding 114 orang malam tadi.
Bacaan hujan di Serdang, Bachok, Kelantan, direkodkan 33.5 mm dalam sejam setakat 6 pagi tadi.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back