LONDON - Sebuah jam poket emas milik Isidor dan Ida Straus, pasangan kelas pertama yang lemas ketika tragedi Titanic pada 1912, berjaya dijual pada harga £1.78 juta (US$2.3 juta) dalam satu lelongan, menjadikannya harga tertinggi pernah dibayar bagi memorabilia Titanic, menurut PA Media/dpa.
Jam 18 karat buatan Jules Jurgensen itu ditemui bersama barangan peribadi Isidor dan dipulangkan kepada keluarga sebelum disimpan lebih seabad.
Selain jam poket, sepucuk surat tulisan tangan Ida dijual pada £100,000, senarai penumpang Titanic pada £104,000 dan pingat emas kru RMS Carpathia pada £86,000.
Keseluruhan nilai lelongan “memorabilia Titanic” pada acara itu mencatat £3 juta.
Sumber: BERNAMA-PA MEDIA/dpa
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back