• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

23 November 2025 | 10:59 PM

Projek Naik Taraf Elektrik Samarahan Dijadual Siap 2028 - Abang Johari

KUCHING - Projek naik taraf bekalan elektrik di Bahagian Samarahan yang bermula Disember ini dan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2028, bakal meningkatkan kapasiti tenaga serta memastikan penduduk menerima bekalan elektrik lebih stabil.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan negeri meluluskan RM150 juta bagi projek berimpak tinggi itu, yang menggunakan teknologi Medium Voltage Covered Conductor (MVCC) bagi mengurangkan gangguan akibat cuaca buruk dan sambaran kilat.

Katanya, projek itu melibatkan enam daerah iaitu Samarahan, Asajaya, Sadong Jaya, Sebuyau, Simunjan dan Gedong, merangkumi pemasangan talian MVCC sejauh lebih 130 kilometer, dua kabel dasar laut, serta pembinaan talian fiber optik sepanjang 68.6 kilometer.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan projek berkenaan di Dewan Kampung Sampat, Sebuyau, hari ini,

Selain menaik taraf transformer dan menyusun semula talian elektrik, Premier berkata, kerajaan turut menekankan keperluan kerjasama masyarakat bagi mencegah kecurian kabel dan vandalisme.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Seri Julaihi Narawi  pula berkata peningkatan kestabilan tenaga itu dijangka mengurangkan kerosakan peralatan elektrik serta merancakkan ekonomi setempat, termasuk sektor pertanian moden dan industri kecil serta besar.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok