KUALA LUMPUR - Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, terus mempamerkan prestasi cemerlang apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka Australia 2025 di Sydney, hari ini, sekali gus mengesahkan gelaran kedua mereka musim ini.
Dalam aksi final di Quaycentre, Olympic Boulevard, gandingan pilihan utama dan juara dunia itu tidak berdepan masalah menewaskan pasangan pilihan kedua dari Indonesia, Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu dengan kemenangan 21-16, 21-11 dalam masa hanya 42 minit.
Kemenangan tersebut melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai USD37,525 (sekitar RM155,835).
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back