KOTA BHARU - Kementerian Pendidikan memberi tumpuan penuh kepada persiapan dan kesiapsiagaan menghadapi banjir susulan cuaca tidak menentu dalam tempoh dua hingga tiga hari ini, terutama melibatkan kelancaran peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata keutamaan kini ialah memastikan calon SPM dapat menduduki peperiksaan tanpa halangan, selain menguruskan keselamatan pelajar di kawasan berisiko banjir.
Katanya, OPS Payung turut diaktifkan sebagai langkah kesiapsiagaan melibatkan kerjasama pelbagai agensi termasuk Jawatankuasa Keselamatan, Majlis Keselamatan Negara, PDRM, Bomba, APM dan lain-lain.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau Pusat Pemindahan Sementara di Sekolah Kebangsaan Tapang, Kelantan, hari ini.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back