MIRI - Seorang individu ditemui rentung di dalam sebuah kereta jenis Proton Satria Neo yang terbakar di Jalan Temenggung Oyong Lawai Jau, awal pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar jam 3.39 pagi.
Komander Operasi memaklumkan mangsa yang belum diketahui jantina dan identiti ditemui di tempat duduk hadapan kenderaan itu.
Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back