• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

23 November 2025 | 07:42 PM

KCFC Terus Konsisten, Rombakan Taktikal Penting Untuk Rotasi Pasukan

KUCHING – Keberanian Ketua Jurulatih Kuching City FC (KCFC), Aidil Shahrin Sahak, melakukan perubahan taktikal dalam kesebelasan utamanya pada aksi menentang DPMM FC malam tadi, penting bagi tujuan rotasi pasukan.

Menurut beliau, rombakan berasaskan keputusan taktikal itu dirancang bagi memastikan KCFC terus konsisten dalam saingan liga.

Menurutnya, perubahan tersebut turut memberi peluang kepada pemain lain seperti Diego Baggio untuk mendapatkan minit permainan yang penting dalam membina kecergasan dan keserasian pasukan.

Bagaimanapun, beliau mengakui beberapa pertukaran terpaksa dilakukan mengikut keperluan permainan.

Selepas pertukaran tersebut, dapat dilihat peningkatan ketara dalam permainan, terutama di bahagian tengah.

Dengan kemasukan Moses Atede dan Daniel Amir, aliran permainan menjadi lebih positif seperti yang diperlukan untuk mengekalkan konsistensi pasukan.

Tambah beliau, perkembangan positif yang ditunjukkan pemain termasuk pemain tempatan memberi keyakinan bahawa KCFC berada di landasan tepat untuk memperkukuh prestasi keseluruhan musim ini.

Sementara itu, mengulas mengenai cabaran DPMM, beliau mengakui perlawanan kali ini jauh lebih sukar berbanding pertemuan sebelumnya.

DPMM tampil dengan pertahanan yang lebih kukuh dan berdisiplin tinggi, memaksa KCFC bekerja lebih keras untuk membuka ruang.

Jelasnya, biarpun bermain di laman sendiri, ia bukan perlawanan yang mudah dan keputusan taktikal menjadi faktor penting yang membezakan rentak permainan pasukan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan di Kuching, malam tadi.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok