KUCHING - Seorang lelaki warga Indonesia berusia 37 tahun ditemui meninggal dunia di tepi Jalan Lumba Kuda Penrissen Lama, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata pihak balai menerima laporan daripada orang awam mengenai penemuan mangsa, kira-kira jam 8.05 pagi.
Beliau dalam satu kenyataan hari ini memberitahu pemeriksaan ke atas mangsa mendapati terdapat kecederaan pada bahagian dahi.
Punca kematian masih dalam siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Inspektor Muhammad Hafizin di talian 019-5040810 atau Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, ASP Sylvarius Gopog di 013-8637241.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back