KUCHING – 92 saman dikeluarkan dalam Operasi Samseng Jalanan yang dilaksanakan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di kawasan Pangkalan Sapi, Jalan Astana dari 22 hingga 23 November 2025.
Operasi yang dijalankan dari 9 malam hingga 4 pagi itu turut memeriksa 62 motosikal dan 70 individu, selain 24 motosikal dirampas kerana ubah suai serius mengikut Seksyen 60(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Antara kesalahan utama pengguna jalan raya ialah tiada lesen memandu, insurans dan Lesen Kenderaan Motor tamat tempoh, ubah suai ekzos, nombor plat tidak mengikut spesifikasi dan ketiadaan cermin sisi.
Sumber: FB Polis Daerah Kuching
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back