KUCHING - Timbalan Menteri Ekonomi Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib menekankan kepentingan PERKIM Bahagian Sarawak dalam memperkukuh agenda kebajikan masyarakat Islam, terutamanya golongan mualaf, semasa mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PERKIM Bil. 3/2025 pasa Sabtu 22 November.
Mesyuarat tersebut membentangkan laporan tahunan jawatankuasa bagi tahun 2025 serta merangka program dan aktiviti tahun hadapan bagi memperkasakan pendidikan, ekonomi, sosial dan kebajikan mualaf di Sarawak dan seluruh negara.
Selain itu, perkembangan Laila Stroke Care Centre (LSCC) turut dibincangkan, termasuk status operasi, keperluan semasa dan hala tuju pusat bagi menyediakan sokongan berterusan kepada pesakit strok dan keluarga mereka.
Dato Hanifah menegaskan komitmen berterusan PERKIM Sarawak dalam memperkukuh pengurusan organisasi serta melaksanakan misi kebajikan dan dakwah Islamiah, sejajar dengan aspirasi pembangunan masyarakat di negeri ini.
Sumber: fb Hanifah Hajar Taib
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back