KUCHING - Persidangan Ketiga Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 akan berlangsung selama lapan hari bermula 24 November hingga 3 Disember 2025 di Kompleks DUN Sarawak.
Menurut Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, sebanyak lima Rang Undang-Undang (RUU) Kerajaan akan dibentangkan, termasuk RUU Perbekalan (2026) 2025, RUU Perbekalan Tambahan (2025) 2025, RUU Perlembagaan Sarawak (Pindaan) 2025, RUU Bangunan (Pindaan) 2025, dan RUU Pengurusan Sumber Lestari dan Sisa 2025.
Beliau berkata RUU Perbekalan akan dibentangkan oleh Premier Sarawak, manakala RUU Perbekalan Tambahan dan RUU Pengurusan Sumber Lestari akan dikendalikan oleh Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Sementara itu, RUU Perlembagaan Sarawak dan RUU Bangunan dibentangkan oleh Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.
Sejumlah 341 soalan, lisan dan bertulis, diterima daripada 40 ADUN, dengan Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan mencatat jumlah soalan tertinggi, iaitu 58 soalan.
Persidangan kali ini dijangka menjadi pentas penting untuk membincangkan dasar negeri dan pembangunan Sarawak selaras dengan aspirasi negeri menjelang 2030.
Sumber: UKAS
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back