• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

22 November 2025 | 05:24 PM

Lelaki Ditahan Dalam Ops Bersepadu, Dadah Ditemui di Jalan Kelupu Bintangor

BINTANGOR - Seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun ditahan polis selepas disyaki memiliki dan mengambil dadah dalam satu Ops Bersepadu di sekatan jalan raya Jalan Kelupu, Bintangor, pada Jumaat 21 November.

Dalam kejadian kira-kira 9.20 pagi itu, sepasukan anggota dari IPD Meradong melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan suspek sebelum menemui 0.5 gram dadah disyaki methamphetamine.

Ujian saringan awal kencing yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Meradong turut mendapati suspek positif AMP/METH, dan dia mengaku terlibat dalam penyalahgunaan dadah sejak awal tahun ini.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Polis Meradong menegaskan bahawa penyalahgunaan dadah bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah membawa risiko besar kepada keselamatan dan masa depan individu serta masyarakat.

Orang ramai digesa menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti pengedaran atau penyalahgunaan dadah bagi membantu usaha membanteras gejala itu.

Sumber: IPD Meradong

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok