• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

22 November 2025 | 12:38 PM

Rampasan Dadah JKDM Cecah RM459 Juta Dalam Tempoh 10 Bulan - Datuk Anis

KUALA LUMPUR - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merekodkan 594 kes dadah dengan nilai rampasan mencecah RM459.30 juta antara Januari hingga Oktober 2025, menunjukkan keberkesanan operasi dan kepakaran anggota agensi itu.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin berkata, sindiket penyeludupan menggunakan pelbagai modus operandi termasuk penghantaran melalui kurier dengan alamat palsu, keldai dadah, dan pengubahsuaian kenderaan untuk menyembunyikan dadah.

Selain itu, mereka turut menyelitkan dadah dalam kontena kargo seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, serta menggunakan kaedah ‘drop point’ di lokasi tertentu atau pulau tidak berpenghuni bagi mengelak pengesanan pihak berkuasa.

Untuk memperkukuh kawalan sempadan, JKDM melaksanakan Operasi Joint Task Force (JTF) bersama Indonesia di Sabah dan Sarawak pada Julai lalu, yang merekodkan rampasan RM39.22 juta.

Rondaan berkala di perairan negara, pemeriksaan rutin di semua pintu masuk, serta penggunaan Anjing Pengesan Dadah (APD) dan operasi risikan turut dipertingkatkan untuk memastikan keberkesanan pengesanan dadah.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok