KUCHING - Timbalan Menteri Ekonomi merangkap Ketua Cawangan N12 Kota Sentosa, Dato’ Hajjah Hanifah Hajar Taib, mempengerusikan Mesyuarat PBB Cawangan N12 Bil. 1/2025 pada Jumaat 21 November, bagi membincangkan laporan tahunan dan perancangan strategik 2026.
Mesyuarat itu meliputi Laporan Aktiviti dan Kewangan Tahun 2025, serta perancangan program yang bertujuan memperkukuh peranan parti di peringkat akar umbi.
Dato Hanifah menekankan bahawa kekuatan cawangan adalah nadi utama dalam memastikan kesejahteraan rakyat Kota Sentosa terus terbela.
Beliau menyeru semua ahli memperkukuh kerjasama, memperluas jaringan sokongan, dan melaksanakan program berimpak tinggi yang selaras dengan keperluan masyarakat setempat.
Sumber:fb Hanifah Hajar Taib
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back