JOHANNESBURG - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada usaha menutup skandal membabitkan pendaftaran tujuh pemain warisan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), sambil menekankan isu itu mesti disiasat mengikut prosedur yang betul.
Anwar berkata Kabinet telah membincangkan perkara itu dan memutuskan siasatan perlu diteruskan tanpa sebarang perlindungan.
Beliau menegaskan proses tindakan mesti berjalan mengikut peraturan dan undang-undang, tanpa mengganggu kredibiliti FIFA, serta membenarkan FAM mempertahankan diri terlebih dahulu.
Perdana Menteri turut menekankan kepentingan meneliti sama ada dokumentasi pemain dilengkapkan dengan betul di luar negara, khususnya di Sepanyol sambil menegaskan orang ramai perlu bersabar sementara proses siasatan dijalankan.
Tindakan tegas akan dikenakan sekiranya FAM didapati bersalah, termasuk membayar denda CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta) dan penggantungan tujuh pemain selama 12 bulan selepas FIFA menolak rayuan FAM pada 3 Nov lepas.
Anwar kini berada di Johannesburg untuk menghadiri Sidang Kemuncak G20, selepas menamatkan lawatan tiga hari ke Addis Ababa, Ethiopia.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back