SIBU - Seorang jurutera lelaki berusia 20-an kerugian RM247,000 selepas diperdaya pelaburan palsu yang diiklankan di media sosial dua bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, mangsa melaporkan kejadian itu pada Khamis 20 November, mendakwa melihat iklan pelaburan pada 1 Sept di Facebook sebelum diarahkan memuat turun aplikasi dan menyertai kumpulan WhatsApp untuk penerangan pelaburan.
Katanya, mangsa membuat 15 transaksi antara 20 Okt hingga 9 Nov ke akaun tempatan dan hanya menerima pulangan RM28,000 sekali sebagai umpan sebelum disuruh menambah pelaburan sehingga RM250,000.
ACP Zulkipli berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan tawaran pelaburan berisiko tinggi serta menyemak kesahihan syarikat melalui Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back