SIBU - Polis Daerah Sibu menahan 36 individu dalam Operasi Tapis Narkotik yang dijalankan dari 17 November hingga 19 November lalu.
Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, daripada mereka yang ditahan, 33 lelaki dan tiga wanita disiasat di bawah pelbagai seksyen Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, termasuk Seksyen 39A(1), Seksyen 12(3) dan Seksyen 15(1)(a).
Beliau berkata, polis turut merampas 6.56 gram dadah disyaki syabu bernilai kira-kira RM750. Kesemua suspek telah didakwa di mahkamah.
ACP Zulkipli menegaskan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik akan terus mempertingkatkan operasi membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah, dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi talian JSJN di 012-208 7222 (Bukit Aman) atau 017-592 9221 (JSJN Sarawak).
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back