• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

22 November 2025 | 10:16 AM

Kerajaan Lancar Skim Subsidi untuk Padi Bukit di Sabah, Sarawak bagi 2025

KOTA KINABALU - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melancarkan Skim Subsidi Baja dan Racun Padi Bukit/Huma (SBRPB) bagi pembekalan 2025, bagi memperkukuh penanaman padi bukit di Sabah dan Sarawak.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata skim itu melibatkan peruntukan RM42 juta bagi pembekalan baja sebatian Padi 4 serta baja urea cecair, selain RM11.4 juta bagi racun rumpai cecair yang akan memanfaatkan kira-kira 44,000 hektar kawasan tanaman padi bukit bermula musim penanaman Oktober.

Skim tersebut diselaraskan melalui Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) bagi memastikan proses pembekalan dan pengagihan kepada pesawah layak berjalan lancar.

Mohamad Sabu berkata inisiatif itu menandakan komitmen kerajaan meringankan beban pesawah dan menggerakkan penanaman padi bukit ke arah pengeluaran lebih komersial, selain memperkukuh ekonomi luar bandar serta menjamin kestabilan bekalan beras negara.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok