KUCHING - Seorang lelaki tempatan berusia 71 tahun kerugian RM800,000 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan perniagaan kosmetik yang tidak wujud.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata, mangsa menerima panggilan telefon pada tahun 2021 daripada seorang wanita yang tidak dikenali yang menawarkan peluang pelaburan menjanjikan keuntungan lumayan.
Beliau berkata, mangsa kemudiannya membuat 8 transaksi pemindahan wang melalui akaun bank syarikat dan cek, sebelum menyedari pelaburan itu tidak memberi pulangan seperti dijanjikan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara 1 hingga 10 tahun, sebatan serta denda jika sabit kesalahan.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back