KUCHING - Seorang wanita tempatan berusia 43 tahun kerugian RM103,600 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan secara dalam talian di bawah modus operandi “e-dagang”.
Menurut Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu, mangsa melaporkan kejadian itu kepada Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, selepas diarahkan membuat 9 transaksi pembayaran ke dalam 7 akaun bank berbeza, semasa mengikuti arahan daripada saluran Telegram dan WhatsApp yang dikatakan menawarkan komisen lumayan setiap tugasan.
Katanya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 1 hingga 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.
Dalam pada itu ACP Alexson menegaskan bahawa dari 1 Januari hingga 20 November 2025, sebanyak 48 kes melibatkan modus operandi serupa telah dicatat dengan kerugian keseluruhan sebanyak RM1.74 juta.
Justeru beliau mengingatkan orang ramai agar berwaspada terhadap tawaran kerja atas talian yang mencurigakan.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back