KUCHING - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, menahan dua lelaki tempatan berusia 33 dan 41 tahun di Jalan Tun Jugah, Kuching, pada 19 November lalu, selepas menjumpai 1.059 kilogram dadah disyaki methamphetamine bernilai RM40,245.80.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata, ujian awal air kencing mendapati suspek pertama negatif dadah, manakala suspek kedua positif amphetamine dan methamphetamine, dengan rekod jenayah lampau sebanyak empat kes.
Beliau dalam satu kennyataan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebatan minimum 12 kali jika sabit kesalahan.
Katanya, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari dari 21 hingga 27 November bagi membantu siasatan.
ACP Alexson menegaskan kejayaan itu hasil risikan berterusan dan kerjasama orang awam, serta menekankan komitmen polis memerangi dadah demi melindungi generasi sekarang dan akan datang. Orang ramai digesa menyalurkan maklumat melalui hotline JSJN.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back