KUCHING - Delegasi Ombudsman Sarawak yang diketuai oleh Ketua Ombudsman Sarawak, Dato’ Sri Abdul Ghafur Shariff mengadakan pertemuan dengan Timbalan Ombudsman Komanwel, Julie O’Brien, di Sydney pada 17 November sebagai sebahagian daripada lawatan kerja ke Australia.
Pejabat Ombudsman Sarawak dalam satu kenyataan hari ini berkata pertemuan itu bertujuan untuk memperkukuh kerjasama dua hala dan mendapatkan perkongsian mengenai amalan terbaik ombudsman antarabangsa.
Menurut kenyataan itu, Pejabat Ombudsman Komanwel juga menyatakan komitmen untuk menyokong Ombudsman Sarawak sebagai pemerhati dalam Mesyuarat Agung Persatuan Ombudsman Australia dan New Zealand serta menyokong permohonan Sarawak kepada Institut Ombudsman Antarabangsa (IOI) serta penglibatan Sarawak untuk menyertai Southeast Asian Ombudsman Forum.
Sokongan tersebut mencerminkan usaha bersama memperkukuh kerjasama serantau dan antarabangsa.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back