BINTULU - Dua buah unit kedai urut di Tingkat 3, sebuah bangunan di Jalan Abang Galau, musnah sepenuhnya dalam kebakaran malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu sekitar jam 11 malam.
Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan punca kebakaran masih disiasat.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back