KUCHING - Seorang lelaki warga emas berusia 73 tahun maut di atas lori simen di sebuah kilang di Jalan Batu Kawa, pagi ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan bantuan menurunkan mangsa dari lori itu sekitar jam 6.10 pagi.
Mangsa, dikenali sebagai Chin Choo Kiong mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back