SRI AMAN – Tiga lelaki cedera selepas kereta yang dinaiki hilang kawalan lalu terbabas di Kampung Bayai, petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 3.39 petang.
Ketiga-tiga mangsa telah dikeluarkan dari kenderaan itu oleh orang awam dan dibawa ke Hospital Sri Aman untuk rawatan lanjut.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back