KUCHING – Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, memberi bayangan mengenai pemberian bonus untuk anggota perkhidmatan awam di Sarawak.
Beliau menyampaikan perkara itu dalam amanatnya bersempena Hari Perkhidmatan Awam 2025 di Kuching, hari ini.
Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan jumlah bonus yang bakal diberikan serta pihak-pihak yang terlibat, sama ada penjawat awam negeri, persekutuan di Sarawak, atau kedua-duanya.
Sebaliknya, beliau meminta pihak berkaitan untuk menunggu pengumuman rasmi semasa pembentangan Belanjawan Sarawak 2026 yang akan datang.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back