• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

20 November 2025 | 03:31 PM

Sarawak Perkukuh Transformasi Perkhidmatan Awam Melalui Model 'Lean Government'

KUCHING - Kerjasama kukuh antara kerajaan negeri dan persekutuan menjadi asas penting dalam memacu transformasi perkhidmatan awam di Sarawak melalui pelaksanaan model ‘Lean Government’.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, model tersebut kini menjadi tumpuan utama pentadbiran negeri untuk menyelaras urusan antara kedua-dua kerajaan, agar pelaksanaan dasar lebih tersusun dan berkesan.

Beliau menyifatkan jentera pentadbiran perkhidmatan negeri dan persekutuan yang cekap menyokong aspirasi model itu dalam melaksanakan dasar yang diputuskan bersama.

Menurutnya, kerjasama itu terbukti dalam sektor pendidikan apabila pegawai persekutuan membantu menyelesaikan isu sekolah daif, selain peranan penting jabatan kesihatan yang turut memperkukuh pencapaian negeri.

Di peringkat negeri, katanya, perkhidmatan awam Sarawak menunjukkan keupayaan menyesuaikan diri dengan transformasi yang dilaksanakan, terutamanya dalam pendigitalan.

Beliau menambah, tiada masalah timbul dalam pengurusan peruntukan jabatan masing-masing, menggambarkan tahap penyelarasan operasi yang mantap antara kedua-dua peringkat pentadbiran.

Sehubungan itu, Sarawak akan terus memperkukuh pelaksanaan model berkenaan sebagai platform penyelarasan pentadbiran negeri dan persekutuan.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas merasmikan Hari Perkhidmatan Awam 2025 di Kuching, hari ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok